ekuntum.com.my
Terma dan Syarat Kelab Rakan Kuntum

Dengan ini saya memberikan kebenaran kepada anak/tanggungan saya untuk menyertai kelab ‘Rakan Kuntum’ (“Kelab”) tertakluk kepada terma dan syarat berikut.

Sebelum mendaftar masuk ke dalam Kelab, saya telah membaca, memahami dan menyetujui dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut, serta telah menerangkan dan memastikan bahawa anak/tanggungan saya mempunyai pemahaman yang secukupnya mengenai terma dan syarat berikut:

1. Sebaik anda berjaya mendaftar diri untuk menyertai Kelab, anda akan menerima nama pengguna serta kata laluan daripada Star Media Group Berhad (ROC 10894D) melalui e-mel. Nama pengguna serta kata laluan tersebut adalah sulit dan anda harus memastikan bahawa anda dan/atau anak/tanggungan anda tidak akan mendedahkan nama pengguna serta kata laluan tersebut kepada mana-mana pihak ketiga. Nama pengguna serta kata laluan adalah diperlukan apabila berhubungan dengan Kelab. Sila pastikan anda dan/atau anak/tanggungan anda tidak cuba mewakili orang lain. Sekiranya anda mengesyaki berlaku sebarang pewakilan sedemikian, sila laporkan kepada pengurus web serta tukarkan kata laluan anda dengan segera.

2. Kelab serta seksyen-seksyen yang diterbitkannya adalah ditujukan terutamanya untuk topik-topik yang berkaitan dengan sekolah serta kegiatan-kegiatan luar kurikulum, yang mana termasuk tetapi tidak terhad kepada perbincangan mengenai luangan masa, hobi dan/atau minat para ahli Kelab. Sila pastikan bahawa anda dan/atau anak/tanggungan anda berbincang dalam lingkungan topik-topik perbincangan tersebut. Kami berhak secara mutlak untuk menyingkirkan/mengedit/mengeluarkan mana-mana perbincangan yang kami rasakan tidak sesuai dan/atau tidak berkenaan dan/atau tidak tepat dan/atau tidak berkaitan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

3. Segala mesej yang disumbangkan kepada Kelab haruslah berkaitan dengan skop subjek perbincangan. Sekiranya anda dan/atau anak/tanggungan anda menyumbangkan mesej yang tidak berkaitan dengan subjek perbincangan, kami mungkin akan mengehadkan keahlian anda daripada Kelab.

4. Kelab mengizinkan perkongsian maklumat, maklumbalas dan/atau forum untuk kesemua ahli yang berdaftar. Kami mungkin tidak akan mengawasi setiap posting kepada Kelab, namun kami mengharapkan bahawa pengguna kami tidak akan mengeposkan komen-komen, imej-imej ataupun pautan yang berunsurkan kategori-kategori berikut:-

- Lucah / menggusarkan / cabul;
- Palsu, mengelirukan ataupun kurang tepat;
- Tidak berkaitan dengan topik;
- Spam (seperti komen yang diulang-ulang pada profail peribadi) atau memasukkan pautan tertentu ke laman lain;
- Secara terselindung atau terang-terangan menyerang dan/atau mengaibkan mana-mana pihak ketiga;
- Bersifat menghina, menyinggung mana-mana jantina, kaum/etnik, agama, bangsa atau budaya, atau cuba menghasut kebencian yang bersifat perkauman
- Menganjurkan, menggalakkan sebarang aktiviti haram di sisi undang-undang
- Mempromosi perkhidmatan, produk, atau organisasi politik tertentu
- Melanggar hakcipta atau cap dagang mana-mana pihak
- Melanggar dan/atau menyalahi mana-mana peraturan atau undng-undang yang sedang berkuatkuasa; dan
- Apa-apa jua komen lain yang kami rasa tidak sesuai/wajar

5. Anda dengan ini bersetuju untuk melindungi dan sentiasa memastikan Kelab, Star Publications (M) Berhad, dan kumpulan syarikatnya serta pekerja, ejen, pegawai, dan/atau pengarahnya dilindungi pada setiap masa, daripada mana-mana kerugian, dakwaan, desakan, kerosakan, liabililti yang berlaku atau timbul akibat daripada mana-mana tindakan, prosiding, kos, tuntutan, desakan, liabiliti dan apa-apa jua perbelanjaan (termasuklah fi perundangan dan lain-lain serta pembayaran wang) atau dalam apa-apa jua bentuk yang boleh timbul akibat penyertaan anda dan/atau anak/jagaan anda dalam apa-apa jua aktiviti dalam Kelab dan/atau seksyen yang berkaitan dengannya.

Terms & Conditions of ‘Rakan Kuntum’

I hereby expressly grant my consent to my child / ward to participate in The ‘Rakan Kuntum’ club (“Club”) subject to the following terms and conditions.

I have read, understood and agreed to the following terms and conditions before registering with the Club and I have explained these terms and conditions to my child / ward and to ensure my child / ward who has access to the Club understands the terms and conditions set forth below:

1. Upon each successful registration with the Club, you will receive a set of username and password from Star Media Group Berhad (ROC 10894D) through email. The username and password is confidential in nature and you shall ensure that you and/or your child / ward will not disclose the username and password to any third party. All messages sent to the Club will require your username and password. Please do not represent yourself and to ensure that your child / ward not to represent themselves as another person. Should you suspect that your account is being used by another person, you should forthwith report the same to our webmaster and to change your password immediately.

2. The Club and its sections are intended primarily for topics relating to school and extra-curricular activities, which shall include but not limited to leisure, hobbies and/or for the discussion of members’ interest. Please ensure that you and/or your child / ward keep to the topic in discussions and we reserve the absolute discretion to remove/edit/delete any discussion that we deem unfit and/or irrelevant and/or inaccurate and/or inappropriate without prior notice.

3. All messages contributed to the Club should be within the scope of the subject under discussion. If you and/or your child / ward make a contribution that is inappropriate to the subject under discussion, we may ban your membership from the Club.

4. The Club makes information sharing, feedback and/or forum available to all registered users. We may not monitor every posting on the Club but we do expect that our users will not post materials that fall into the following categories, which shall include but not limited to comments, images or links that are: -

- Vulgar/offensive/obscene in nature;
- Fraudulent, deceptive or misleading;
- Off topic;
- Spam (such as the same comment posted repeatedly on a profile) or include certain links to other sites;
- Impliedly or expressly attacks and/or defames any third party;
- Offensive towards any gender, ethnic, religion, race or culture or seek to incite racial hatred;
- Advocating any illegal activity;
- Promoting particular services, products, or political organizations;
- Infringing the copyrights or trademarks of any party;
- Illegal and/or breaches any regulations or laws currently in force; and
- Any other comments that we deem inappropriate.

5. You hereby agree to indemnify and keep the Club, Star Media Group Berhad (ROC 10894D), its group of companies and its employees, agents, officers and/or directors indemnified at all times from and against any and all loss, claim, demand, damage, liability incurred or arising from any actions, proceedings, costs, claims, demands, liabilities, and expenses whatsoever (including legal and other fees and disbursements) or of whatsoever nature which may arise as a result of you and/or your child / ward participating in any activities within the Club and/or its related sections.